Dia tak mungkin lebih tua dari 25 tahun. Kemungkinan besar seorang lepasan ijazah muda ataupun seorang graduan bekerja sambilan. Mungkin juga seorang lepasan SPM yang berwajah matang.
Tinggi. Sungguh tinggi. Lebih tinggi dariku. Aku sendiri berketinggian 170 cm ataupun 5’ 7” dan dia mungkin satu kaki lebih tinggi. Lean, thanks to his youth. The next thing I noticed, such clear skin. Aku mencemburui dia dan mula rasa tua. The fine lines under my eyes suddenly felts like ravines and the spots on my cheeks like moon surface. Oh goodness! I am an old woman indeed at 29!
Dia terus bertanya dengan ramah, “Cari apa, cik?.” Walaupun tidak tersenyum, wajahnya ikhlas ingin membantu.
A few nanoseconds went by of me appreciating his height and good skin. Jadi apa yang ditanyanya tidak dijawab cepat. Dengan senyum kambing, aku menunding ke arah barisan software di atas rak di depanku.
“Nak cari OS ke?” tanyanya lagi.
Jargons, he knows what he is doing. He refers to the operating system, simply known as OS, the software that makes your computer run. However, I guess he shouldn’t be using it with a customer, even when I do understand what he meant.
“Ada Windows™ XP©, pilihan terbaik buat masa sekarang,” dia pantas mengesyorkan.
“Windows™ Vista© ada?” aku bertanya, pasti dia tersilap, kerana itu adalah versi terkini di pasaran.
“Ada, tapi berat sangat. Kalau ada RAM 4 gigs baru sedap pakai.” jawabnya selamba.
Aku angguk, punah harapan nak berwindow Vista©. Indeed, it is too heavy for my miniscule 2 gigs RAM.
“Boleh rekemen yang mana paling bagus?” aku serahkan kepada dia. Sudah lama tak berkomputer, sakit kepala nak memilih dengan terlalu banyak pilihan di depan mata.
Dia menarik turun satu kotak dari rak itu, “Windows XP latest release. Ini yang paling baik. Lagipun ada bundle softwares sekali.”
Dia menyerahkannya kepada ku. I guess he has decided for the both of us what I need to get for my new PC.
“Di mana image editting software?” I asked for the next item I need.
“Ada, sini,” he beckoned me to the other side of the aisle. I saw all the softwares I always been waiting to use since my last computer broke down three years ago. Memories of good old times when I actually have time to do image editting and building websites.
Di situ dia mencapai kotak Adobe™ Photoshop©. Memang software yang aku cari.
“Belajar lagi ke?” tiba-tiba dia bertanya.
Terkejut beruk sekejap. Can I pass as a student still? Hati menyanyi riang. The fine lines vanished from under my eyes and the spots gone.
“Oh, tak. Dah lama habis belajar. Dan dah lama tak pakai software ni, tapi sekarang nak mula balik since dah dapat PC baru,” I blabbed. Oh Tuhan, dia sekadar initiate small talk but I have to unravel about my life with a new PC.
“Oh, ingat study lagi.” he smiled. He has a masculine face.
No, he is not an SPM student I decided.
Adobe™ Dreamweaver©? Tiba tiba mata aku ternampak package di belakang kepalanya. Bukan Macromediakah pengeluarnya? “I thought its Macromedia™ Dreamweaver©, kenapa Adobe™ Dreamweaver©?
He looked puzzled. He turned and took down the package. “Well, this is the latest version. CS4©, sama juga dengan Adobe™ Photoshop© tu, latest version jugak.” He handed the box to me.
I decided not to broach the subject anymore. What do you expect. I am so out of this computer business for five years now. “Saya nak beli Windows™ XP© ni dengan Adobe™ Photoshop© saja ye.”
With that I reached up beside him, trying to put the unwanted software box back at its place. Suddenly me, the tallest girl I have been since forever felt so, so short.
“Boleh ke? Biar saya...” he quickly took it and reached up over me. Soon enough the box sat back where it belonged a minute ago. I shrank beneath him like a scared mouse. Awkward moment passes for a few seconds.
“Sorry,” he took a step back and so did I.
“Tak, salah saya,” aku mengaku dengan segan. Kalau aku tak sibuk nak letak kotak tu balik ke atas rak dia tak perlu nak membantu sebegitu sekali. Muka ku panas dek malu. “Ini jelah dulu. Tak mampu nak beli Dreamweaver© sekali. Lain kalilah.”
Dia angguk dan senyum, gesturing me to follow, “Kaunter di depan.”
Aku ikut di belakangnya dan mencuri pandang susuk badannya. Nyata dia memang dibina dengan sempurna.
“Apa yang aku buat ni?” Aku menepuk dahi sendiri memikirkan kegilaanku.
“Ye, ada masalah ke?” dia menoleh dan menyapa.
Did I say that out loud? “Tak, tak!” Bagus, sekarang aku mungkin sudah dicap sebagai makcik gila.
Kebetulan di pagi Khamis itu tidak ada pelanggan lain. Di kaunter bayaran, dia terus mengira barang belianku dan memasukkannya ke dalam beg plastik.
“Bila nak beli Dreamweaver© tu nanti, datanglah ke sini. By the way, Macromedia™ dah kena acquired by Adobe™, so tu pasal sekarang it’s Adobe™ Dreamweaver©.”
Aku tak sedar mulutku dah ternganga. Aku ingat dia tak tau apa yang aku ngomelkan tadi.
“Belajar lagi ke?” aku pulak bertanya kepada dia sebaik aku sedar mulut aku rasa sedikit kering
“Not supposed to tapi scholarship tak cukup,” jawabnya ringkas.
Aku gelak kecil. Telahan aku tepat.
“Oh ye, kedai ni bagi newsletter on what’s new and any update for softwares, hardwares and other gadget. Bila ada sale nanti pun kami akan notify through the newletter.
Memikirkan azam ku untuk mengikuti kembali perkembangan teknologi komputer kini, aku setuju.
Dia menyuakanku satu borang untuk diisi. Perlu letak nama dan alamat email dengan nombor telefon, selain nombor kad pengenalan dan alamat.
Seperti merasakan aku tak selesa mengisi borang dan meninggalkan maklumatku disitu dia cepat menambah. “It’s perfectly confidential and we won’t sell your details. Ada clause at the bottom of the form.”
Setelah selesai, kuhulurkan borang itu kepadanya.
“Cik Aida Sofya Jusoh. Sedap nama tu,” pujinya.
Aku terpana sekejap. Pandai sangat berniaga, small talk engaging customer. Patut dia ada perniagaan sendiri. “Itu sempena nama arwah makcik dan masjid di Turki.”
“Oh, Hagia Sophia?” tanyanya.
Aku terkedu lagi. “Ye, pandailah awak ni. Mesti rajin tengok National Geographic kan? Tak pun rajin baca encyclopedia.”
Tiba tiba dia terdiam dan aku perasan mukanya sedikit merah. Dia cepat cepat menyelesaikan pembelianku and menghulurkan beg plastik sudan berisi kepada ku, “Nanti notification akan dihantar di email Cik Aida ye.”
Meremang bulu roma ditengkuk mendengar namaku disebut walhal aku tak tahu apa namanya, “Awak dah tahu nama saya, nama awak?”
Like a child caught with his hands in the cookie jar, dia mengeluarkan tag namanya dari poket “Lupa nak pakai.” Dia menyuakan tag itu kepadaku sebelum menyematnya di baju. “Aiman, Aiman Firdaus.”
Comelnya, aku bisik di hati.
“Datanglah lagi nanti,” dia tersenyum kembali
Aku sekadar angguk dan senyum sambil meninggalkan kedai komputer itu. Anak dara tua macam aku ini tiba-tiba sangat tertarik kepada budak hingusan yang bernama Aiman Firdaus itu.
Note : Draft number 2.
No comments:
Post a Comment