Saturday, March 11, 2006

Tindik


Dulu masa aku darjah 4, ibu aku ada tindik telinga aku dengan telinga akak aku. Buat sendiri aje, pakai jarum jahit orang (eh he, jangan tanya mana dapat). Ibu cakap, tak sakit de, pasal telinga tu takde darah. Sebagai seorang anak yang taat dan naif, aku pun cayalah cakap ibu aku. Ibu cucuk cuping akak aku dulu, kalau tak silap lah. Nampak cam sakit! Tapi aku ni ada bendul juga, tunggu ajelah sampai turn aku. Satu pasal kununnya nak sangat bersubang, lagi satu pasal ibu dulu sangat garang orangnya. Sikit lagi cam saikotiklar, jadi aku tak berani nak memandai lari, mengada-ngada kata taknak ke, apa ke.


Bila sampai turn aku, ada rasa cam nak pegi hukum gantung jugaklah. Mula-mula tu tak sakit sangat. Tapi bila ibu apply pressure nak bagi tembus jarum tu... FUIYO!!! SAKITNYA!!! Yelah, budak 10 tahun. Mana sangat tahan sakit. Dah lah pelan pelan ibu buat. Weh! Sakit woi! Meraunglah, apa lagi. Huuuu SAKIT!! SAKIT!! TAKNAK!!! Tapi ibu yang memang terkenal bersikap tegas dan bersemangat waja, meneruskan usaha untuk menindik telinga aku. Masalah masa tu, telinga aku ni tebal sikit dari norma-norma alam. Jadi, kalau orang biasa dah kira tembus dah, aku punya belum lagi. Lepas, aku rasa mau ada setengah jam kot, baru selesai... Sebelah telinga. Sebelah lagi satu belum lagi.


Masa tu memang dah kira nak tarik langkah seribu lah. Tapi aku ni, jenis budak yang tak reti lari dari rumah. Dan jugak tak sanggup berdepan dengan WRATH ibu aku yang sangat terkenal dengan kegarangannya masa itu, terpaksa mengalah dan menyerah kepada takdir. Pendek cerita, perkara sama berlaku, dan aku hampir pengsan kerana sakit sangat (hampir je... )
Lepas tu, lubang yang baru tu telah di cucuk dengan lidi so tak tertutup. Lubang dah buat, bolehler pakai subang kan kan kan? Tapi masalah negaranya, telinga tebal susah carik subang yang cukup panjang. Masa tu mana ada stail subang ala ala bohemia yang menjadi train kegilaan zaman skarang ni. Pakai subang cucuk ngan ada skru kat belakang dia tu. Silap pusing, sepit telinga sampai tertanam dalam kulit (fuh, seram bunyinya) Dalam koleksi subang ibu yang pelbagai, aku boleh pakai satu subang aje. Simple je, kalo ikutkan memang cantik! Tapi pasal masa tu bengong tak tau nilai estetika, rasa sangat boring kerana memakai subang yang takde imiginasi.


Dah lama lepas tu, malas nak pakai subang. Yelah, ala ala ketomboyan masa tu. Mana kuasa pakai benda feminin camtu. Lama lama, lubang telinga pun tertutup... tamat cerita tindik telinga.


Buatnya bukan main sakit. Pastu suka hati biar kambus...


Sekarang ni, tiba-tiba gatal nak bertindik pulak. Suka tengok anting-anting trend sekarang ni. Tapi takdelah pakai yang terlebih rambu tu. Cantik sangat pulak nanti. Suka design simple cam sebutir mutiara ke apa ke. Kononnya, rancang nak ke Mines ahad ni ngan Grozer. Dia tindik kat situ. Aku taulah kat mana-mana pun buleh tindik, tapi dah dia yang sudi neman aku dan dia tindik kat kedai satu tu... ke situlah aku. Tapi kalau budget tak cukup mungkin kena pospon.

Tamat cerita tindik, nak cakap sikit pasal hari ni. Hari ni, ada rasa tak puas hati dan ada sedikit marah. Ada sedikit keciwa, ada sedikit sedey, ada juga berdebar-debar. Minggu ni adalah penamat dan permulaan untuk sesuatu. Minggu depan, cabaran bermula. Aku tak tau sampai bila aku boleh buat keja ni. Kalau nak gauge the whole mess dengan hari ni, tak lama dah aku rasa. Aku asik melambat-lambatkan aje mengupdate resume, but once I'm done. I'm all out and I'm all gone babey! Tak sanggup dah buat keje ni :P

2 comments: