Thursday, September 1, 2005

Mana pegi anime GITS aku ni??!!!

Hari ni aku perasan Ghost In The Shell : Innocence aku hilang. Minggu lepas ada lagi kat timbunan koleksi anime aku yang tak seberapanya tu. Tup tup hari ni takde plak. Yang tinggal hanyalah Disc 2 sahaja.... Koleksi anime aku baru bertatih tatih. Banyak pirateler pasal aku ni kudukut. Tapi kan pirate pirate pun banyak duit habih buat benda tak berpekdah ni... malang sungguh mempunyai hobi sebegini.


Aku sayang GITS : Innocence VCD tu pasal jalan citer dia memang best. Subbed pulak tu. Walaupun translation hampeh tapi aku rela menggunakan kefahaman japan language aku yang cetek ini braving the whole story daripada mendengor perbualan karakter jepun itu tetiba bercakap bahasa inggeris. Manakah GITS ku?


Sementara aku yang takde modal ni, meh tengok apa ada dalam kantung koleksi anime and games aku. Untuk nampak gempak, aku terpaksa masuk entry koleksi games aku, pastu anime baru masuk entry ni dalam blogger aku. Cepatlar tanya camno aku buat... hehehehe (gelak bodoh)

No comments:

Post a Comment